Beli kereta melalui Internet

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang lebih menyukai membeli secara on-line atau melalui internet. Kenapa cara ini lebih disukai?

1. Mudah berbincang dengan terbuka Anda boleh meminta jurujual untuk memberikan sebutharga. Anda juga boleh bertanyakan promosi atau tawaran diskaun dan hadiah yang dinyatakan oleh jurujual secara lebih terbuka. Sekiranya anda berkunjung sendiri ke showroom misalnya, secara psikologi akan lebih mudah ditekan oleh jurujual.

2. Menjimatkan masa Sekiranya kereta yang ingin anda beli adalah kereta Perodua atau Proton, dan sudah biasa melihat kereta ini hari-hari di atas jalan, rasanya tidak perlu pergi ke showroom.

TIPS BERURUSAN DI INTERNET

1. Dapatkan Maklumat Pastikan anda dapat maklumat sepenuhnya berkaitan dengan pinjaman, harga dan kereta yang ditawarkan. Kebiasaannya, apabila mark-up loan, jurujual akan membuat pinjaman yang melebihi harga kereta. Atas sebab itulah, kami tunjukkan maklumat ini kepada anda secara telus.

2. Charge tersembunyi Terdapat jurujual yang mengenakan pelbagai charge tersembunyi dari rm100 hingga rm1000 atau lebih, bergantung kepada kelicikannya mengenakan pembeli tersebut. Charge ini kadang-kadang semasa submit loan, kadang-kadang selepas loan lulus, kadang-kadang melalui over-loan anda. Tanyakan soalan ini dengan jelas.

3. Bandingkan Sebaiknya anda bandingkan dengan jurual lain.

4. Pembayaran down-payment Sebaiknya bayar terus kepada Syarikat pengedar tersebut. Minta official receipt Syarikat Pengedar berkenaan.