Tip Membeli Kereta Baru

Banyak orang berpendapat, membeli kereta seperti memasuki belantara yang penuh bahaya. Sebenarnya tidak. Apalagi kewangan sudah mengizinkan. Tapi, membeli kereta yang tepat tanpa mendatangkan penyesalan dikemudian hari, harus ada langlah-langkah tertentu.

Langkah pertama Sejak dari mula pembeli mesti tahu dan tetap dulu tujuan membeli kereta tersebut. Jangan sampai terpengaruh dengan pujuk rayu dan senyum manis salesman yang melayan anda bagaikan VVIP hingga terbeli kereta lain yang lari dari tujuan dan target asal anda.Secara umumnya ada tiga macam alasan mengapa seseorang membeli kereta. Yang pertama, membeli kereta untuk memenuhi keperluan asas sebagai alat pengangkutan sehari-hari. Yang kedua, untuk menunjukkan status atau kedudukan di kalangan masyarakatnya. Dan yang ketiga untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri atau sekadar hobi. Golongan terakhir ini biasanya sudah memiliki kereta lain sebagai alat pengangkutan sehari-hari.Bila anda termasuk golongan pertama, belilah kereta serbaguna, seperti Toyota unser, proton iswara,Naza Ria/Citra,Wish,Avanza atau wira, Mitsubishi storm, Honda city, perodua rusa atau sejenisnya. Kalau anda mengejar status, fikirkan citarasa dan gaya apa yang ingin anda akan ditampilkan. Contohnya, kereta BMW dikenali sebagai kereta mewah tetapi ranggi sesuai untuk eksekutif muda yang berjaya. Sememangnya Mercedes Benz kereta orang kaya dan nampak mewah tapi kurang menyengat dan ranggi. Kalau anda termasuk golongan ketiga, maka pilihan anda sangat luas kerana yang dicari hanya mengikut citarasa dan kemahuan mata. Harga kereta dan harga pasaran tak jadi soal buat orang-orang seperti ini.

Langkah kedua ]Pilihlah kereta-kereta yang popular (top ten) untuk menjamin harga jual balik yang menguntungkan, spare parts yang mudah diperolehi dan hikmat service yang sempurna.Pilih warna dan aksesori yang banyak diminati. Jangan suka-suka memilih warna kerana akan merugikan kelak. Begitu juga dengan aksesorinya. Ini kerana ianya adalah faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga kereta anda apabila anda ingin menjual balik dikemudian hari.Sedari tahap kemampuan dan budjet anda. Jangan giarah membeli kereta yang lebih mewah. Selain membebankan kewangan dan hidup, kos penjagaan dan baikpulih serta keperluannya sehari-hari seperti petrol,alat tukar ganti dan cukainya adalah lebih mahal.Kunjungi lebih dari satu pusat pengedar. Biasanya ada perbezaan tawaran, seperti kadar faedah yang lebih murah dan servis kereta yang lebih lama dan praktikal.

Langkah ketiga Kalau ingin tukar beli, jangan buka harga dulu sebelum tahu harga kereta baru. Kerana biasanya harga kereta baru akan jadi lebih mahal sebab ada bebanan untuk membeli kereta anda.Jangan lupa meminta nasihat dari rakan-rakan atau keluarga yang sudah biasa atau mahir mengenai kereta yang ingin anda beli. Pendapat dan nasihat mereka akan sangat berguna.

Yang terakhir, kalau wakil penjual kereta tersebut nampak meragukan, sebaiknya tangguh pembelian kereta, dan kunjungi tempat yang lain.