Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah

Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012. Respon Anda?

Pinjaman Kereta VS Hutang Isi Rumah di Malaysia.

Perodua Minta BNM Kaji Semula Peraturan Baru!! Memang pahit untuk ditelan langkah BNM mengetat pinjaman sejak awal tahun 2012 termasuklah pinjaman kereta di Malaysia. Sehinggakan Perodua sendiri sudah mula terasa bahangnya….






Rekod terakhir hutang isi rumah di Malaysia pada akhir tahun 2010 sudah mencecah RM577 billion bersamaan dengan 74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.


Hutang isi rumah di Malaysia 2010 = RM577 billion (74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar)
Hutang isi rumah di Malaysia 2009 = 76.6% KDNK
Hutang isi rumah di Malaysia 2008 = 63.9% KDNK



Bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah :




pinjaman perumahan
pinjaman kereta
penggunaan peribadi
pembelian saham dan kad kredit.

Kalau sebelum ini penilaian untuk mendapatkan pinjaman kereta hanya berdasarkan pendapatan kasar semata, tetapi bermula 1 Januari 2012 yang lalu, Bank Negara (BNM) mengarahkan bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih, dalam usaha mengekang peningkatan paras hutang isi rumah.


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)
berharap Bank Negara Malaysia melonggarkan kembali syarat baru pinjaman sewa beli kereta yang di kuat kuasa tahun ini kerana ia dilihat sudah mula menjejaskan jualan kenderaan di negara ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata susulan syarat baru yang ‘ketat’ itu, pendaftaran kereta baru dalam bulan ini susut antara 15 hingga 20 peratus, manakala tempahan baru pula turun lima peratus. “Berikutan pelaksanaan syarat baru itu, ia menyebabkan tempahan baru kereta PERODUA serta pendaftarannya dalam bulan ini makin menurun. “Kami berharap Bank Negara boleh melakukan sesuatu mengenainya bagi menghalang prestasi semasa berkenaan berterusan merudum kerana ia boleh menjejaskan industri automotif tempatan,” katanya. (SUMBER : BERITA HARIAN)